Petua Sejukkan Kulit Muka


Ada pada masa-masa tertentu muka kita terasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi.
Cubalah mana-mana prtua di bawah untuk sejukkan kulit muka:

1) Timun

Parut sebiji timun sehingga benar-benar halus, kemudian campurkan dengan sedikit tepung jagung untuk dijadikan masker.
Lumur pada muka dan biarkan meresap selama 25minit.
Kemudian bilas dengan air suam sehingga bersih.
Kulit muka akan rasa sejuk dan segar.



2) Sengkuang
Parut isi sengkuang dan lumurkan ke seluruh wajah,
biarkan meresap selama 25minit.
Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Kulit muka akan rasa sejuk dan segar.





3) Lobak Merah

Parut sebatang lobak merah dan lumurkan ke seluruh wajah,
biarkan meresap selama 25minit.
Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Kulit muka akan rasa sejuk dan segar.




4) Ibu Kunyit

Tumbuk 2inci ibu kunyit sehingga halus, kemudain campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan ke seluruh wajah,
biarkan meresap selama 25minit.
Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
Kulit muka akan rasa sejuk dan segar.