Showing posts with label Petua Kecantikan Wajah. Show all posts
Showing posts with label Petua Kecantikan Wajah. Show all posts

Petua Hilangkan Jerawat - Serbuk Kayu Manis


Ambil sedikit serbuk kayu manis, campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air.
Bersihkan muka sebelum tidur dan tepek campuran bedak sejuk tadi, basuh setelah bangun pagi.
Amalkan selalu.

4 Petua Hindari Jerawat


Mencegah lebih baik daripada merawat.
Berikut adalah 4 petua untuk hindari wajah ditumbuhi jerawat. Boleh buat salah satu cara dalam satu masa:

1) Daun Sirih & Beras
Tumbuk beberapa helai daun sirih bersama sedikit beras sehingga lumat.
Campur sedikit air sejuk dan sapu ke seluruh muka sebelum tidur.

2) Sengkuang
Parut sebiji sengkuang dan kemudian perah ambil patinya.
Biarkan pati mendap.
Ambil pati yang mendap itu untuk sapu ke seluruh muka sebelum tidur.

3) Daun Jambu Batu dan Bedak Sejuk
Giling atau tumbuk daun jambu batu sehingga halus.
Pakai bersama dengan bedak sejuk.
Amalkan selalu.

4) Belerang dan Air Mawar/Air Asam Jawa
Campur belerang dan air mawar atau air asam jawa, gaul hingga sebati.
Sapu pada bahagian yang selalu naik jerawat. Amalkan selalu.

Petua Hilangkan Bintik Hitam (Pigmentasi) - Telur & Minyak Zaitun


Pecahkan sebiji telur dan campurkan dengan sesudu minyak zaitun, gaul hingga mesra dan jadikan sebagai masker.
Sapu pada keseluruhan muka sebagai masker sebelum tidur dan biarkan meresap selama 20 minit.
Bilas bersih dengan air suam.

Petua Hilangkan Bintik Hitam (Pigmentasi) - Limau Nipis


Ambil sebiji limau nipis dan perah jusnya.
Campurkan jus limau nipis dengan sedikit garam, sapu pada bahagian bintik hitam dan biarkan seketika anggaran 10 minit.
Amalkan setiap kali sebelum cuci muka setiap hari.

Petua Hilangkan Bintik Hitam (Pigmentasi) - Beras Pulut + Kayu Manis


Goreng secawan beras pulut bersama dengan segenggam kulit kayu manis tanpa minyak sehingga menjadi garing kekuningan.
Kisar hingga lumat.
Campur dengan sedikit air untuk dijadikan scrub pada kulit muka.
Amalkan 2 kali seminggu.

Petua Elak Jerawat Berbekas - Tepung Kanji & Putih Telur


Ambil sesudu tepung kanji dan bancuh dengan sedikit putih telur sehingga menjadi pes.
Bersihkan muka dan sapu pes pada bahagian jerawat yang baru timbul di muka.
Biarkan kering dan bilas.
Jerawat akan hilang tanpa tinggalkan bekas.

Petua Kecutkan Jerawat – Daun Sirih


Ambil 10 helai daun sirih muda, bersihkan dan tumbuk sehingga lumat.
Bersihkan muka dan bilas dengan air suam supaya kulit muka menjadi lembut..
Tampal daun sirih tadi pada keseluruhan wajah dan biarkan sehingga kering anggaran selama 15minit.
Kemudian bilas muka dengan air bersi dan lap muka perlahan-lahan hingga kering.

Petua Hilangkan Jerawat – Tepung Beras dan Limau


Ambil anggaran 2 sudu tepung beras dan campurkan dengan jus limau sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes.
Bersihkan muka dan sapu pes tersebut pada keseluruhan wajah.
Biarkan mengering anggarn selama setengah jam.
Bilas dengan air bersih.
Amalkan selalu sehingga jerawat hilang.

Petua Hilangkan Jerawat – Pegaga & Beras


Ambil beberapa helai daun pegaga dan tumbuk bersama sedikit beras sehingga lumat.
Kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk.
Sebelum tidur, bersihkan muka dan sapukan campuran tersebut pada keseluruhan muka.
Bersihkan muka dengan air bersih setelah bangun tidut.
Lakukan setiap hari sehingga kesan jerwat hilang.

Petua Hilangkan Jerawat – Masker Buatan Sendiri


Satukan putih telur, madu lebah dan susu, anggaran sebanyak 1 sudu setiap satu.
Kacau hingga mesra.
Bersihkan muka dan sapu campuran tersebut pada keseluruhan muka sebagai masker, biarkan sehingga kering anggaran selama setengah jam.
Bilas hingga bersih.
Amalkan selalu.

Petua Hilangkan Jerawat – Bawang Putih


Ambil seulas bawang putih, buat kulitnya dan tumbuk hingga lumat.
Sebelum tidur, titik bawang putih tersebut pada bahagian jerawat secara melata.
Amalkan setiap malam sehingga jerawat hilang.

Petua Hilangkan Jerawat – Kulit Timun


Kulit timun yang sudah dikupas jangan dibuang, boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Caranya mudah sahaja; tumbuk lumat kulit timun dan sapukan pada bahagian muka yang terdapat kesan jerawat. Biarkan selama setengah jam dan bilas.
Amalkan selalu.

Petua Hilangkan Jerawat – Kacang Hijau


Kisar anggaran segenggam kacang hijau dengan sedikit air.
Sapu pada keseluruhan wajah setiap kali mandi. Biarkan seketika anggarn 3minit.
Amalkan setiap kali mandi.

Petua Cerahkan Kulit - Beras


Untuk dapatkan kulit yang cerah secara semulajadi, cubalah petua ini.
Ambil secawan beras, goreng tanpa minyak sehingga garing (anggaran 10 minit), kemudian kisar hingga halus. Gunakan beras yang telah dikisar ini sebagai scrub ketika mandi.
Amalkan 3 kali seminggu. Selain kulit menjadi lebih cerah, kulit juga akan menjadi lebih lembut.

Petua Hilangkan Jerawat – Tawas


Picit jerawat dengan jari yang bersih, lalu sapukan sedikit tawas pada bekas jerawat tadi.
Lakukan selalu sehingga jerawat tidak tumbuh lagi.

Petua Cerahkan Kulit Muka - Tepung Sagu


Bancuh sedikit tepung sagu dengan air dan lumurkan di muka seperti memakai bedak sejuk.
Lakukan setiap hari.

Petua Hilangkan Jerawat – Daun Inai


Rebus secekak daun inai bersama dengan 2 cawan air sehingga mendidih.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Sapu air rebusan pada bahagian berjerawat.
Amalkan setiap hari sehingga jerawat hilang.

Petua Cerahkan Kulit Muka - Ubi Kayu


Ambil seketul kecil ubi kayu, bersihkan dan parut isinya.
Ambil isi yang telah dipart dan lumurkan pada seluruh wajah,biarkan sehingga kering.
Setelah kering, bilas bersih muka dengan air suam.
Amalkan setiap malam.

Petua Hilangkan Jerawat – Buah Tomato


Ambil sebiji buah tomato merah yang telah masak ranum.
Belah dua dan sapukan isi tomato pada keseluruhan wajah sebelum masuk tidur.
Biarkan seketika sehingga kering. Buang biji tomato yang melekat pada wajah dan tidur.
Bilas muka dengan air bersih setelah bangun tidur.
Amalkan seminggu sekali.


Petua Hilangkan Parut Jerawat

Ada parut jerawat di muka?
Cubalah mana-mana petua di bawah untuk hilangkan parut jerawat di wajah.

1) Daun Sirih
Tumbuk sehelai daun sirih muda hingga lumat. Tepek pada parut jerawat di wajah dan biarkan kering. Setelah kering, bilas muka dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu.

2) Timun
Kisar sebiji timun dan tapis jusnya. Ambil hampastimun dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan dalam setengah jam dan bilas bersih dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.

3) Pegaga
Cuci bersih pegaga bersama dengan akarnya sekali. Giling atau tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Tepek pada parut jerawat di wajah dan biarkan kering. Setelah kering, bilas muka dengan air bersih.

4) Kulit Kayu Manis
Ambil sedikit serbuk kayu manis, campurkan dengan sedikit air untuk menjadi pes. Tepek pada parut jerawat di wajah dan biarkan kering. Setelah kering, bilas muka dengan air bersih. Amalkan sekerap boleh.