Search This Blog

Loading...

Monday, February 8, 2010

Petua Lembutkan Daging ketika Memasak


Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging ketika memasak. Antaranya ialah:

1. Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa.

2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.

3. Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.

4. Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa.

5. Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.

Monday, February 1, 2010

Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi


Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.

- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.

- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

- Makan biji buah Peria.

- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.

Wednesday, January 27, 2010

Petua Hapuskan Kutu Rambut - Bawang Putih


Kepala gatal kerana KUTU?
Jangan risau, kepala berkutu adalah masalah biasa sejak zaman dahulu kala lagi.
Cubalah petua ini, mudah dan InsyaAllah mujarab.

Ambil empat ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama tiga sudu makan minyak kelapa. Lumurkan rata pada keseluruhan rambut dan biarkan selama lebihkurang 15 minit. Selepas itu sikat dengan penyikat kutu.

Amalkan selalu sehingga tiada lagi kutu ada di kepala.
Related Posts with Thumbnails

My Blog List