Showing posts with label Petua Penjagaan Pakaian. Show all posts
Showing posts with label Petua Penjagaan Pakaian. Show all posts

Petua Pakaian Putih Sentiasa Berseri


Petua Pakaian Putih Sentiasa Berseri 1:
Rendam pakaian putih bersama serbuk pencuci dan buah mengkudu. Ramas buah mengkudu dan biarkan semalaman. Basuh seperti biasa pada keesokanharinya.

Petua Pakaian Putih Sentiasa Berseri 2:
Rendam pakaian dalam air bancuhan nila yang telah dilarutkan. Elakkan jemur di tengah panas terik.

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian


Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Anda menghadapi masalah membersihkan kesan karat pada pakaian?
Cubalah petua-petua di bawah untuk menghilangkan kesan karat pada pakaian.

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 1:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 2:
Tenyeh buah belimbing buluh yang telah masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 3:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 4:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalamair garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menyimpan Kain Songket


Untuk mengelakkan lipatan kain songket tidak berbekas dan berkedut, terbalikkan kain songket, gulung dalam kertas dan masukkan ke dalam beg plastik

Untuk mencegah serangga merosakkan kain songket, masukkan kayu ke dalam beg plastik tadi dan gantung.

Untuk membasuh kain songket, larutkan serbuk sabun dalam air suam dan rendam kain songket selama 5 minit. Celup-celupkan dan bilas dengan  air biasa. Jangan ramas untukmengelakkan benang rosak. Sidai dalam keadaan terbalik.




Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian


Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian

Pakaian anda terkena darah?
Cubalah petuadi bawah untuk menghilangkan kesan darah pada pakaian anda.

Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian 1:
Campurkan garam kasar dengan air di dalam baldi. Masukkan pakaian yang terkena darah dan biarkan terendam semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Petua Menghilangkan Kesan Darah Pada Pakaian 2:
Basahkan bahagian yang terkena darah, kemudian gosokkan dengan sabun mandi di bahagian luar dan dalam. Rendam dalam air dan basuhlah seperti biasa.

Petua Mengekalkan Warna Jeans


Petua Mengekalkan Warna Jeans:
Rendam jeans ke dalam air yang dibancuh dengan sesudu shampu rambut selama setengah jam sebelum membasuh jeans buat pertama kali. Kemudian basuh jeans seperti biasa.

Petua Menghilangkan Kekotoran Degil Pada Pakaian


- Petua Bersihkan Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian yang terkena cat dengan minyak tanah terlebih selama beberapa jam, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


- Petua Bersihkan Pakaian Terkena Karat 

Gaulkan perahan jus dari sebiji limau nipis bersama satu sudu kecil garam halus sehingga sebati. Sapukan sebatian tersebut pada bahagian pakaian yang terkena karat, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.


- Petua Bersihkan Pakaian Terkena Minyak

Kesan tompokan minyak pada pakaian terutama berwarna putih memang sukar dihilangkan. Penggunaan bahan peluntur boleh memudarkan warna pakaian tetapi kesan tompokan minyak masih tidak hilang. Cara mudah untuk mengatasinya dengan sapukan sedikit marjerin pada bahagian pakaian yang terkena tompokan minyak, biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan sabun dan bilas seperti biasa.



Petua Mewangikan Almari Pakaian


Lakukan salah satu petua tradisional berikut untuk mewangikan almari pakaian.

1. Cara yang paling mudah dan menjimatkan ialah dengan menggunakan kulit limau. Buat uncang daripada kain kain yang nipis atau kain kasa, dan isikan kulit limau. Untuk mencantikkan lagi, ikat uncang ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian. Tukarkan bila sudah hilang bau.

2. Letakkan beberapa helai daun pandan ke dalam almari tersebut. Tukarkan bila sudah hilang bau. Cara ini pon dikatakan dapat menghalau lipas.

Petua Mengekalkan Warna Pakaian


Baju berwarna terutama yang berwarna gelap dan pastel mudah luntur. Untuk mengekalkan warna pakaian anda, cubalah petua ini.

Ambil dua biji kentang, kupas kulitnya dan rebus. Lenyek kentang tersebut dengan sedikit garam dan sedikit cuka. Lumur keseluruhan pakaian anda dengan campuran tersebut. Biarkan selama setengah jam dan kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Petua Hilangkan Kesan Dakwat pada Pakaian


Memang sukar menghilangkan kesan dakwat pen pada pakaian jika anda tidak tahu cara yang betul membersikannya. Cuba mana-mana petua ini untuk menanggalkan kesan degil dakwat pada pakaian.

1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.

Petua Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian


Pakaian yang bertahi lalat memang sukar untuk dibersihkan dengan sabun atau detergen pencuci pakaian. Jangan putus asa. Sebelum anda buang pakaian tersebut, cuba dulu petua ini.

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat kedalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Petua Warna Kain Batik Tidak Luntur


Seringkali kain batik yang baru dibeli luntur warna semasa dibasuh. Untuk mengelakkan kain batik luntur warna, cubalah salah satu petua di bawah ini:

1) Rendam kain batik baru ke dalam air teh selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering.

2) Ambil beberapa helai daun betik dan ramas sehingga hancur ke dalam sebaldi air. Tapis air tersebut dan buang hampas daun betik. Rendam kain batik baru ke dalam air tersebut selama setengah jam. Kemudian jemur hingga kering.