Showing posts with label Petua Ketiak. Show all posts
Showing posts with label Petua Ketiak. Show all posts

Petua Bersihkan Ketiak


Petua Bersihkan Ketiak 1
Campurkan setengah camca teh kapur sirih dengan perahan dari sebiji limau nipis. Lumurkan pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lihatlah hasilnya selepas seminggu.

Petua Bersihkan Ketiak 2
Ambil debu yang terdapat pada buah kundur dan sapukan pada ketiak. Biarkan seketika, jangan dicuci. Lakukan sehingga buluketiak gugur sendiri.

Petua Hilangkan Bau Ketiak


Masalah ketiak berbau?
Cubalah mana-mana petua di bawah:


  • Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  • Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  • Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  • Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  • Setiap kali mandi, gosok kedua ketiak di lutut.
  • Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  • Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  • Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  • Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.

Petua Hindar Bulu Ketiak Tumbuh


Terdapat pelbagai cara tradisional boleh diamalkan untuk menghalang bulu ketiak tumbuh. Antara yang paling murah, mudah dan berkesan ialah menggunakan kapur sirih dan kunyit hidup.

Selepas mencabut semua bulu ketiak, celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali sehingga masalah itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dilakukan oleh golongan remaja yang masih belum tumbuh bulu ketiak.

Petua Memutihkan Ketiak Hitam – Limau nipis & kapur



Ambil sebiji limau nipis dan perah jusnya. Campurkan jus tadi dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.