Petua Melembutkan Sotong Kering
Petua Melembutkan Sotong Kering 1
Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama 1-2 jam. Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.
Petua Melembutkan Sotong Kering 2
Jemur kulit durianhingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.
Petua Melembutkan Sotong Kering 3
Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut. Tos dan bersihkan sotong. Terus boleh dimasak.