Petua Hilangkan Pecah Pada Tumit Kaki


Tumit kaki pecah?
Cubalah mana-mana petuadi bawah untuk hilangkan pecah pada tumit kaki.

1) Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendamkaki dalamair suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.

2) Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.

3) Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

4) Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.

5) Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.

6) Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

7) Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.

8) Campurkan sedikit yang telah dihancurkan dengan air ramasan sirih. Setelah itu sapukanpada tumit kaki dua kali sehari. Lakukan sekerap yang boleh sehingga nampak perubahannya.

9) Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dangosokkan pada tumit kaki. Amalkan selalu.

10) Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.

11) Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.




Related Posts with Thumbnails

© 2009-2017 wanorizan.com

Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool