Petua Hilangkan Ketuat


Ketuat biasanya terjadi pada bahagian tangan dan kaki manusia. Ketuat ada juga pada bahagian lain seperti di muka, leher, siku dan bahgaian-bahagian lain. Secara amnya ketuat tumbuh pada bahagian kulit seperti bintil kecil, tumbuh kasar menyerupai bunga kobis yang keras. Namun jika tidak dirawat atau diberi perhatian, ketuat mungkin akan merebak dan membesar.

Jika anda mengalami masalah ketuat, cubalah mana-mana petua berikut:

1) Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering.  Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

2) Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

3) Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

4) Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

5) Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

Selamat mencuba


Cream herba dari China. Berkesan untuk sakit kulit seperti ekzema & psoriasis. ,

Related Posts with Thumbnails

© 2009-2016 wanorizan.com

Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool