Petua Memilih Sayur-sayuran


Petua Memilih Sayur-sayuran

Kubis
Pilih yang ringan. Apabila dipotong, kelopak atau rongganya besar. Kubis jenis ini lebih manis.

Tomato
Pilih yang agak kehijauan kerana tomato begini lebih padat dan rasanya lebih sedap.

Sawi
Pilih yang daunnya lebat tetapi batangnya kecil. Sawi yang batang besar biasanya pahit dan tidak sedap.

Timun
Pilih yang bentuknya lurus dan warna di bahagian pangkalnya tidak terlalu hijau. Timun yang pangkalnya terlalu hijau rasanya pahit.