Petua Menggebukan Wajah


Anda inginkan kulit wajah gebu menawan?
Cubalah petua-petua di bawah:

Petua Menggebukan Wajah 1:
Lenyekkan buah tomato yang ranum kemerahan dan gosokkan di wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

Petua Menggebukan Wajah 2:
Goreng beras pulut tanpa minyak hinggan bertukar warna menjadi kuning.
Kisar beras tersebut hingga halus. Kemudian campurkan beras bersama sedikit madu dan air perahan limau. Kacau hingga mesra.
Basuh muka dan oles campuran beras tadi ke seluruh wajah. Biarkan hingga kering atau selama15minit. Bilas dengan air bersih. Laku kan seminggu sekali.

Petua Menggebukan Wajah 3:
Sapu susu segar pada muka dan gosok-gosokkan seperti membasuh muka hingga rata. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air suam.
Lakukan 2 minggu sekali.

Related Posts with Thumbnails

© 2009-2017 wanorizan.com

Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool