Petua Mengelakkan Mabuk Kenderaan

Mudah mabuk bila naik kenderaan?
Cubalah petua di bawah:

1) Bawa limau dan cium limau tersebut semasa dalam perjalaan.

2) Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan ubi tersebut mentah-mentah jika terasa loya dalam perjalanan.

3) Minum 3 sudu besar madu lebah asli dicampur bersama sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.

4) Dapatkanbatang kangkung yang menjalar panjang, kemudian lilit dan ikat di pinggang semasa perjalanan.