Petua Merawat Kulit Terbakar (Sunburn)


Kulit terbakar akibat terdedah pada sinaran matahari?
Cubalah petua berikut untuk merawat kulit yang terbakar.

1. Sapukan isi daun aloe vera ke seluruh kulit yang terbakar. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air suam hingga bersih. Amalkan setiap hari hingga berpuas hati.

2. Belah dua buah tomato. Gosokkan bahagian isi buah tomato pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.

3. Kisar 3 biji timun dengan 1sudu besar susu tepung. Sapukan pada kulit yang terbakar dan biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.

4. Campurkan sedikit tepung gandum, madu, putih telur dan perahan limau nipis menjadi paste. Sapukan  pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih. Amalkan selalu hingga berpuas hati.


Cream herba dari China. Berkesan untuk sakit kulit seperti ekzema & psoriasis. ,

Related Posts with Thumbnails

© 2009-2016 wanorizan.com

Protected by Copyscape Plagiarism Checking Tool