Jom Cantik!

Petua Menegangkan Buah Dada


Hampir semua wanita yang sudah bersalin mengalami masalah buah dada atau payudada menjadi kendur dan tidak bermaya seperti dahulu lagi. Untuk mengatasi masalah ini, cuba lakukan salah satu petua di bawah.

1) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

2) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

3) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

4) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.

Rumpai Laut Ungu

Related Posts with Thumbnails