Petua Suburkan Pokok Bunga
Anda minat menanam pokok-pokok perhiasan di laman rumah?
Cubalah petua-petua ini untuk mendapatkan tanaman pokok yang subur.
Petua Suburkan Pokok 1
Taburkan serbuk kopi yang telah digunakan di sekeliling pokok bunga.
Petua Suburkan Pokok 2
Gunakan air basuhan beras dan air basuhan ikan untuk menyiram pokok bunga.
Petua Suburkan Pokok 3
Campurkan serbuk kayu bersama tanah dan gaul hingga rata. Gunakan untuk menanam pokok bunga.