Pages

Petua Menghilangkan Bau Nasi Hangit


Nasi Hangit??!!!

Cubalah petua-petua di bawah untuk hilangkan bau hangit nasi.

1) Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi yang hangit.

2) Masukkan sehelai daun sirih atau sekeping roti ke dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi sudah kering. Keluarkan apabila baunya sudah hilang.

3) Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

4) Tutup periuk nasi dengan daun pisang.

5) Ambil semangkuk air dan letakkan di tengah-tengah periuknasi. Tutupkan dan angkat keluar apabila bau sudah hilang.

6) Masukkan beberapa tangkai lada kering di atas periuk nasi. Nasi hangit tidakakan berbau.